Niyaz.Zara

De stories

kita dapat arward ni :)



"Biar" katanya
Sunday, 8 March 2015 . 3 word(s) .


Mata tua yang memandang aku itu
Bundar
Pudar

Dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
"Biar"
Katanya "biar"

Wahai ayahanda
Berhentilah walau sebentar
Dan renungkan mataku yang melaut
Khabarkan yang jujur dan ujar
Apa yang menyerabut?

Wahai ayahanda
Bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
Akukan lemahmu
Perikan penatmu
Kisahkan jerihmu
Aku mahu tau

Mata tua yang bagai sakti dewa-dewi itu
Harum
Senyum

Dipukaukan aku aku nan terus terpanakan
"Biar"
Katanya, "biar"

Wahai ayahanda 
Bisikanlah walau sekali
Izinkan aku menumpangkan bahu
Berikan aku seperca dari beban kamu

Wahai ayahanda
Lihatkanlah aku 
Berlari kini 
Melompat tinggi
Setiapnya kerna kau tak pernah pergi

Apa masih ingat lagi?
Aku suka lari-lari
Kau bagaikan tak peduli
Ku biar kau patah hati

Apa masih tidak lupa
Tenking jerit sama-sama
Makan tak mahu semeja
Sahabat lebih berharga

Apa mampu kau sudikan?
ampun maaf ku sujudkan
Bisa tidak kau teruskan
Ku sesat kau tunjuk jalan?

Apa layak aku bagi?
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh yang paling tinggi
Istanamu syurga nanti



Thanks for reading :)




Older Post


// SMILE :)