Niyaz.Zara

De stories

kita dapat arward ni :)



Ya Rabb Let him be amongst those who closest to you,
Sunday 22 February 2015 . 4 word(s) .

\\Assalamualaikum//

Hai semua, dah lama rasanya tak membebel dalam blog ni, sibuk je kan memanjang jenguk blog tu adalah tiap hari tapi tak daya jemari ni mahu menari di atas keyboard lappy ni.. Huhuhu sudahnya dibiaarkan blog ni terbengkalai tanpa apdet terbaru.. Banyak sebenarnya berlaku.. Too many things happen, sampai kita sendiri ni tak sempat berkata-kata.. Cehh ayat tak boleh belahhh.. 

Tanggal 20 Feb lepas genap la sebulan arwah ayah niyaz pergi menghadap ilahi.. Mesti terkejut kan.. Yelah ayah niyaz tak sakit apa pun.. sekelip mata je dia pergi, tanpa sebarang kata hanya sorotan mata ayah yang lemah mengiringi permergian ayah.. Sedih tak? Mestilah sedih.. Kebetulan masa tu Niyaz still in semester breaks, ayah cuma demam je, tapi tulah, dah tersurat dalam luh mahfuz, setiap yang hidup pasti akan merasai mati..

Niyaz tak sangka ayah pergi secepat ni, saat niyaz masih perlukan kasih sayang ayah, saat niyaz masih memerlukan bimbingan ayah, saat niyaz masih bertatih belajar mengenal erti hidup, saat jasa-jasa ayah dan segala penat lelah ayah yang belum terbalas.. Ayah niyaz sempat kerja sebelum dia pergi, biasanya ayah niyaz pergi kerja pukul empat pagi, amik pekerja hantar ke singapore, sama lah dengan trip petang,, badan ayah panas, kipas kat bilik yang biasanya terpasang hanya sepi di hujung katil.. Nafas ayah turun naik tapi masih dalam keadaan yang terkawal..

Niyaz kejut ayah perlahan, kemarin ayah cuti, katanya tak larat, tapi petang tu, lepas je niyaz kejut ayah, ayah bergegas bangun, katanya kene kerja hari ni tiada siapa yang dapat ganti, macam biasa niyaz isikan air jarang dalam botol dan hantar pada ayah. Malam tu, dalam pkul sembilan setengah niyaz pergi kedai, pakai motor adik niyaz, balik dari kedai tu, nampak ayah berhenti dekat bukit sebelah tokong cina tu, niyaz ingat nak sapa ayah, tapi ayah tunduk je.. Niyaz terus balik ke rumah, sampai je depan rumah nampak ayah keluar, ayah macam terhuyung hayang, turun dari bas tu.. Niyaz papah ayah masuk rumah. 

Ayah cakap kat Niyaz nak pergi hospital lepas ni, Niyaz tengok muka ayah, hati dah tak sedap, nafas ayah macam petang tadi turun naik, tapi kali ni sesak nafas ayah makin teruk, wajah ayah nampak letih sangat.. Lepas ayah keluar toilet tu, ayah masuk dalam bilik, kebetulan mak niyaz pun tengah demam, semua pakat nak g hospital lepas ayah bersiap. Pukul sepuluh lebih baru gerak keluar dari rumah, mula mula tu ayah suh niyaz bawak keta, tapi mak tak bagi, katanya niyaz belum mahir lagi sbab belum lepas P, ayah bawak keta tapi badan ayah tak balance, so depan restoran D'madina tu ayah keluar suh niyaz bawak pulak, mak kata boleh ke kakak bawak, ayah jawap kat mak '' takpe kakak kan dah pandai" ayah kat sebelah niyaz terbaring, wajah ayah penat.. Sampai dekat Mara tu ayah bawak pulak sebab Niyaz kurang mahir dekat kawasan bukit

Sampai tempat parking, Niayaz kuar cepat cepat papah ayah, mak Niyaz dengan ayis n udin, Niyaz dudukan ayah kat tpt menunggu,lepas tu terus daftarkan ayah, mak niyaz daftar diri kat sebelah,  bila Niyaz cakap kat nurse ayah sesak nafas, nurse terus suh masuk emergency, ayah baring kat atas katil, nurse tnya ayah ada asma tak, niyaz cakap ayah takda asma, cuma demam batuk-batuk n cirit birit, nurse keluarkan wayar berselirat, masa tu pelik dah, dalam hati apalah depa nak buat ni, biasanya kalau ayah masuh hospital, nurse cuma cucuk insulin n masuk kan normal saline je, ni wayar tu macam ntuk pernafasan, ulang alik masuk emergency, mak niyaz pulak kene masuk air, dugaan masa tu, pukul tiga pagi nurse panggil lagi, dia kata ayah nye pernafas dah tak dapat dikawal so, dia nak pindah HSA sebab Kulai kekurangan pakar..Ayah dah masuk ambulan masa tu, sebelah ayah ada tong gas, pernafasan ayah masih dibantu lagi.. Niyaz tak leh nak teman ayah g HSA sbb mak masih kene masuk air, masa tu tak teringat langsung nak suh acik datang tengokan mak kat kulai, n Niyaz boleh pergi teman ayah kat JB.. lepas tu dktr cakap mak pulak kene tahan wad sebab batuk berdarah yg disebabkan un-identified reason.. Masa tu Niyaz terus balik hantar udin g uma acik n balik rumah kemaskan barang ayah n mak.. 

Lepas hantar ayis skolah niyaz balik rumah n bergegas g kulai sebab nak hantar barang kat mak dulu pastu terus g JB hantar barang ayah pulak.. Niyaz naik bas masa tu.. Sampai depan hospital terus berlari nak cari ayah, mula-mula g kaunter depan, Niyaz tunjuk ic ayah, tnya ayah masuk wad mana. dia kata ayah masuk wad Dahlia, wad hujung sekali.. Niyaz tunjuk ic ayah kat kaunter pastu dktr terus pegang bahu Niyaz, dia tanya Niyaz, awak datang dengan sapa, naik apa, Niyaz cakapla Niyaz  datang sorang and naik bas dari hosptl kulai sbb mak kene tahan wad, dktr kata jantung ayah niyaz tak kuat, diaorang dah buat CPR tiga kali tapi tak berjaya jugak.. 

Masa dktr kata jantung ayah tak kuat mas tu badan Niyaz dah bergegar and satu badan badan dah mengeletar, mata tahan air mata, lepas je dktr kata ayah niyaz dah takda tak sampai lima minit tadi, ayah baru je pergi,air mata ni berlumba-lumba nak keluar, mata Niyaz melilau cari ayah pandang kiri kanan, dktr tunjuk katil ayah, katil ayah niyaz tak jauh dari tempat niyaz berdiri..masa tu mata n muka dah penuh dengan air mata.. 

This is unbelievable.. Ayah dah terbaring kaku, macam tak percaya, waktu tu harap sangat yang tu bukan ayah Niyaz, badan ayah dah berkafan, tapi berkafan yang tak sempurna lagi.. Niyaz bukak perlahan balutan kain putih dekat wajah ayah, makin berjuraian air mata bila tengok wajah ayah tersenyum macam ayah sedang tidur.. Niyaz cium wajah ayah banyak kali, bayangkan masa tu sorang sorang, datang dengan bas pulak tu, macam tak percaya, Niyaz sempat cakap, kenapa ayah pergi dulu, masa tu Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya hati ni.. Niyaz peluk tubuh ayah, Niyaz tak sangka Niyaz yang uruskan jenazah ayah, and Niyaz orang yang pertama yang dipertanggungawabkan masa tu, 

Mak kata kat Niyaz kuatlah kakak, Allah nak beri lebih sikit sayang awak kat ayah, sebab tu Allah bagi ujian ni, Sampai kat uma je semua orang tanya, semua orang terkejut, sebab semalam kawan kawan n jiran jiran semua nampak ayah masih gagah lagi bawak bas g singapore sana.. Ayah pergi tak sampai dua puluh empat jam, semuanya dalam sekelip mata, semalam sempat pergi bank dengan ayah belikan ayah buah, suapkan ayah makan, urutkan kaki n badan ayah, tiba-tiba hari ni ayah dah takda..

Ya Allah bagaimana hatiku harus kuat, jikalau hatiku masih serapuh daun kering, bagaimana harus aku tabah, jikalau setiap kenangan ayah masih segar dalam ingatan, terasa ayah masih lagi di sini, disaat,pertama kali kakak lahir kat dunia ni, ayah yang menitiskan air mata bila terlihatkan mata kakak pertama kali terbuka melihat dunia, kali ni kakak orang yang pertama menangisi pemergian ayah dari dunia yang fana ini.. Ayah, engkaulah anugerah terindah pinjaman dari Allah, Ayah rehatlah sepuasnya disana, disi anakmu seniasa mendoakan mu.. 


Dalam kenangan,
04061969-20012015
Othaman Bin Md Yusoff
Ya Rabb Let him be amongst those who closest to you, "- Al Fatihah


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// SMILE :)