Niyaz.Zara

De stories

kita dapat arward ni :)



Tanda DIA sayang
Thursday 3 April 2014 . 2 word(s) .


Allahu Rabbi Wa Rabbukum..
                        Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana diberi peluang untuk hidup ini, untuk nyawa ini, untuk nikmat tubuh badan yang sihat ini, untuk nikmat melihat ini, untuk kasih sayang-Mu ini, untuk segala-galanya yang engkau berikan di bumi-Mu yang serba indah ini. Subhanallah Subhanallah..Alhamdulillah Ya Allah..

                  \\Assalamualaikum//  Hai buddies.. So, ni hao ma?? hihi bermandarin kunun..haha ok ok abaikan part menyanyah tu..hihiks.. The point is my emotinally is tired.. dis week sebenaqnya banyak keja..then, bila pikir keja banyak mula dah tak tau mana nak start.. pheww~~ [lap segala peluh di dahi] ..haa nampak tak kat situ betapa, betapa betapa banyaknya kerja..ni bru nak masuk lima hari kat sini.. xtau nak kata apa dah... Sabar shafeeqa, lets fight for your future!

               Tapi serius kenkadang tu rasa down sgt,, kadang rasa tak mampu nak buat, yela degree tak sama ngn diploma..bila ngadu kat mama...mama mesti kata, I noe you can do it akak..then my graph of motivation will increase and will collapse lepas mindset ni pikir bukan-bukan..yes itulah aku..aku yang tak berani berdepan dengan masalah.. Ya Alllah kuatkan hamba-Mu ini dalam melalui segala liku-liku onak duri serta gelombang tsunami, hurricane segalanya.. hukhukhuk 

                         Bila fikir-fikir balik, then muhasabah diri sebentar dalam lima minit camtu, hati ni berdetik.. Dugaan yang Tuhan beri itu tanda DIA sayang akan hamba-Nya.. Macam tu DIA tegur kita.. tersentak hati ni.. Ya Allah banyaknya dosaku pada-Mu

 Firman Allah yang bemaksud:
“Demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” ( Al-Baqarah, ayat 155)

                         Sesungguhnya setiap ujian, dugaan, percubaan hidup ini pasti ada hikmah yang Allah S.W.T jadikan. Bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang selalu boleh melemahkan semangat kerana Allah sentiasa mempunyai maksud baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan seorang hamba itu berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Sementara dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

  Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
                  Bagi orang-orang yang beriman dan yang mahu memperkukuh serta menyempurnakan akidahnya, cubaan atau ujian itu akan semakin memperteguh semangatnya untuk mengabdi diri kepada Allah serta meningkatkan ketakwaannya kepada-Nya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)
                            Tetapkan hati, bersihkan niat di hati semoga perjalanan ini berjalan dengan lancar, dengan izin-Nya, dengan rahmat-Nya serta kasih sayang-Nya.. Aminn Aminn Aminnn .. Semoga kita sentiasa dibawah lindungan dan rahmat-Nya





Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// SMILE :)