Niyaz.Zara

De stories

kita dapat arward ni :)



Petua ringkas penjagaan wajah.
Saturday 15 March 2014 . 0 word(s) .


\\Assalamualaikum//

Hari ini punya hapdet nak kongsi pasal petua ringkas untuk jaga kulit waja esp untuk uolls yg pentingkan penjagaan wajah.. Cara ni pun bole jadikan kulit wajah korang jd flawwless gitu.bahan-bahan nye pun murah n mudah didapati.. tapi kerajinan itu sangat perlu okeyss, kalau buat sekali je mg tade kesan la..so knela rajin rajin buat kat ruma :) .. tp kalau ade alergic or alahan dengan bahan bahan yg korang nak guna ni janganla pakai ye, takot pulak nanti jadi pape..huhu..
so selamat mencuba ye :D

>> Bagi mendapatkan kulit muka yang halus
Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit. Asam jawa juga banyak kegunaannya selain menyedapkan masakan anda. Bancuh sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi, kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih
>>  Untuk menegangkan kulit muka 
Ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan timun tetapi sebelum itu timun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.
Bagi mereka yang gemar menggunakan khasiat manjakani, rebus segenggam manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ia menggelegak dan pekat. Apabila air rebusan sudah suam, sapukan padawajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih.

>> Sebagai petua menghilangkan jerawat 
 Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah beberapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.

>>Sebagai petua menghilangkan 
Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah beberapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.

>> Mengelakkan kulit muka cepat berkedut 
Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.

>>Untuk menghilangkan parut
Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

>>Untuk melicinkan kulit
Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam.

>> Untuk mendapatkan kulit muka yang gebu dan licin.
Tidak percaya silalah cuba sendiri. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.






Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// SMILE :)